Thursday, October 19, 2017

Setelah sekian lama menyepi.....



Assalammualaikum wbt...

Sedar taksedar dah bulan Oktober 2017!!! Dah lama tak update my Blog yang serabut ni. Nak share sikit kenapa tiba-tiba senyap menyepi walaupun aku tau takde sape yang heran pun sebab sape je yang baca blog aku yang serabut ni kecuali aku sendiri yang baca SEBAB AKU JE SORANG YANG SERABUT DOE!!!

Okay sorry for the over reacting with the CAPITAL LETTERS using.. Aku menulis Blog ni sambil dengar lagu CHIBI MARUKO CHAN - ODORI POMPOKORIN.
Nice tak perangai aku hahahah!! acrually I'm a TUMBLR Lovers~~!!!!!! But suck at using Tumblras my Blog Platform. I prefer Blogger because it is more easier and User Friendly for a dummies like me.


Okay siyes I malu sebab terpaksa ngaku I'm a Dummy in case of IT. Aku just tau biasa-biasa je mcm Facebook, Instagram, Friendster, Myspace, Blogger,  download-download lagu tu retilah.. yang lain-lain tu memang failed. Kadang-kadang jeles dengan manusia-manusia yang hebat menjana pendapatan hanya melalui laman sosial and Blogger.. So sejujur- jujurnya ak buat Blog i pun sebab nak jadi macam dorang tu yang hebat buat Blog share resepi share trip share opinion,share review, share kritikan dorang in almost everything. But who am Ito be like them?? sape je lah yang nak ak review, sape jelah yang nak aku kritik, and nak share ilmu dalam bidang masakkan ke apa ke lagi lah kelaut. Nak share pasal trip vacation lagilah Iolz tak mampu hahahaha.. Cuma 2 tahun lepas Iolz berjaya Alhamdulillah pergi melancong ke Korea Selatan dengan member-member.. dapat lah gak merasa naik Kapal Terbang dan memijak kan kaki di bumi orang lain..


Okay lah dah taktau nak merapu merepek apa.. saje je sebab dah lama tak share apa-apa kan.. bosan pulak. oh ya, nak bagitau yang skang Miss Serabut still unemployed, dan mula mencari rezeki dengan membuat kuih muih serta kek.. nak kumpul duit utk bayar hutang yang ada.. Alhamdulillah pendapatan walau tak seberapa tapi berjaya untuk melunaskan hutang-hutang yang beribu riban. Inshaallah atas izin, berkat dan restu Illahi harap-harap tahun depan Miss Serabut berjaya menggapai cita-cita untuk bekerja di awan biru. Aminnnnn..

Miss Serabut dalam proses untuk membangunkan diri dari segi fizikal dan mental. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Bersabar dan kena selalu percaya, serta Redha...

Friday, August 25, 2017

Evergreen


Ianya bukan sesuatu yang disengajakan, ianya bukan juga satu pilihan.
Dulu aku suka betul menghabiskan waktu aku di internet mencari info-info and scans-scans poster atau keratan majalah artis pujaan aku, idola aku. memang hebat lah sampai bercita-cita nak jadi mcm dia. Artis Jepun, Hyde, and Band dia dengan membe dia, L'Arc~en~Ciel. Skang dia ada band baru, VAMPS. Aku tak minat sngat Vamps tu sbb music dia yang mostly heavy rock. 

Skang umur dah meningkat, lebih dewasa, dah takde fangirl mcm dulu lagi. Skang minat macam tu je.. takdelah taksub sangat. barulah sedar, dulu banyak membuang masa.. inilah manusia, selalu lambat tersedar. selalu alpa. apa yang kita dapa nak puja bagai nak rak dengan artis- artis pujaan ni? apa keuntungannye pada kita? walaupun ak takde lah fanatic sangat, tapi ak tetap terasa tempias fangirl2 ni. siyes weh bila korang dah mencecah umur mcm aku ni korang siyes akan maki hamun diri sendiri smbil gelak ketawa terbahak-bahak ingat gelagat korang zaman tok kadok dok fangirl artist2 ni weh.. aku tak fanatik, dah rasa mcm ni..ko bayangkan yang fanatik tu nanti dah tua mcmana? xnak bayangkan. hahahah..



so kesimpulannye disini ak dah move on dari era fangirl. anda bila lagi? cewahh...

aku harap korang berjaya and SELAMAT MAJU JAYA aku ucapkan kepada korang.
Dulu kan penah cakap kat diri sendiri, ala taknak lah bercintan cintun nanti sakit hati kalau dpt pasangan yang tak memahami yang asik buat tahik.. daripada sayang laki yang tak menghargai, baik aku dok feeling2 crush dengan artist pujaan.. walaupun tepuk seblah tangan tapi tak sakit hati and seriously puas hati.. begitu sekali dong dulu aku.. waduh2 kok gitew si!!

Tapi skang NO. Enough is enough.. actually minat tu bole tapi ada batas nye.. jangan sampai memudaratkan diri dan hidup anda. jangan sampai tidak bole bezakan yang mana satu fantasi yang mana satu realiti.. tu je.. aku banyak pengalaman dalam benda-bendamcm ni and percayalah kebanyakkan benda2 mcm ni tidak membuahkan hasil yang positif... malah mereka hanya melakukan kerosakkan kepada benda2 yang positif. Tapi satu jelah ak  nak cakap, aku terlambat untuk sedar.

Dulu aku minat giler Sailormoon. OBSES. Sampai mata pelajaran sekolah aku kelaut. Dari Best Student jadi Worst. Sampai pengetua panggil aku lah jugak.. keputusan jatuh mendadak.. Tak nak pg skolah, asik tgk tv tunggu cte Sailormoon, gaduh dengan adik aku sebab mak aku belikan dia baju T-Shirt gambar Sailormoon, ak mak aku tak belikan, pastu asik praktis melukis Sailormoon, sampai kelas Pendidikan Seni Cikgu suruh lukis gmbar keluarga, aku lukis keluarga Sailormoon. Cikgu cakap," keluarga ko keluarga Sailormoon ke?!" wakakakakaakakkakaa~~!!!


Tu penyakit aku yang pertama.. oleh kerana penyakit aku tu, dari Best Student Jadi Average. nampak tak kat situ??

Pastu minat Artist plak.. punya minat sampai nekad tak nak kapel dengan sape2, nak kapel dengan artis tu je.. TAK SEDAR DIRI!! hahaahahah~~!! slalu fangirl ni memang TAK SEDAR DIRI.. tapi aku belum sampai tahap TERKINJA-KINJA lg weh... okay kat sini apa yang memudaratkan aku?
Ianya memudaratkan aku dari segi kewangan, masa dan hubungan. Ambik kau 3 IN 1~!!

Aku tak nak lah share pasal kewangan, masa dan hubungan ni sebab aku sampai skang tak boleh nak hadam lagi lebih2 lagi bab HUBUNGAN tu.


so korang semua, kembalilah kepada dunia realiti.. hentikan lah fangirling ni... sebab nanti kitaakan fangirl sorang je dlm hidup kita, iaitu lelaki yang jadi suami kita hingga ke Jannah.. taktau lah kalau dot rezeki lebih dapat tukar suami lebih dari sekali.. HOHOHOHOHOO.. tapi Iolz tau korang semua kalau boleh nak bercinta sekali, kawen pon sekali je kan.. amin... Iolz doakan korang semua dapat pasangan sehati sejiwa hingga ke jannah..


Biarlah benda - benda fangirl ni kita letak di History, and kita jalani hidup kita ini seindah yang mungkin untuk dijadikan kisah klasik, kisah Evergreen .


Jangan Ya Laila, Jangan Terpedaya.. Apa Yang Kau Lihat Semuanya Dusta...

Yeah, Bij Please.

Agasshi almost terlupa yang agasshi ada blog ni. agasshi sampai beku 2-3 hari ni sebab tak tau nak luahkan perasaan yang membuak-buak ni kat sape. haa..hari ni baruteringat lah aku ada Blog rupenya.. Blog khas untuk melepaskan, meluahkan, menyatakan segala masalah-masalah jiwa aku ni haa.. masalah jiwa, masalah raga, masalah hati, masalah minda semuanyalah!



Nasib ko lah Labu..

25hb August 2017 genaplah usia ak tak bekerja selama 3bulan. Tahniah diucapkan. Kereta aku tertunggak 2 bulan tak bayar, bulan September ni Roadtax kereta mati, haa ambik kau masalah satu-satu. Pastu apa lagi, kepala otak dok jenuh mengira hutang yang tertunggak, alamak hai kalau akhir tahun ni rambut aku masih lebat atas kepala alhamdulillah lah ye.

So aku pon macam penganggur yang lain ligat mencarik kerja.. tgk kat flyers yang ditampal kat kedai-kedai fuh memang cantik tertarik ko memang dabomb lah pakej yang ditawarkan! Memang tertarik habislah gamaknye...

aku pon ecited weh, pergi ambik no fon amik e-mail semua nak contact nak hantar Resume, punya excited sampai resume aku brape kali weh aku update.. bertungkus lumus aku memerah otak sampai keluar lah jugak Jus anggur. akhir sekali siap resume aku4 muka surat beb! CVlah katakan... resume kalau ikutkan satumuka surat je.. tapi Iolz punya excited nak gaji sedap kan haa bukan main laju mc hujan yang turun idea turun ke kepala utk isi resume aku ni haa...

senang citer memang tip top lah resume, bole dpt ;ah gaji masyuk.

so ak pon dengan kondifen pg send CV aku via e-mail.. tunggulah 2-3 minggu...
alhamdulillah dpt panggilan utk interview..
sekali dia call, dia tanya ak nama si polan sipolan ke? ak pon jawab, ya, saya lah si polan si polan tu.
okay kami berminat nak ambik awak bekerja sebagai si labu dan si labi kat company kami.. aku pon okay... kemudian dia bagitau lah pakej yg dia nak offer... Ya Allah sumpah aku terbantut.. bukan apa.. INDAH KHABAR DARI RUPA. Sedih mak nokkkk.. sedih sampai nak cium lantai nokkk,... Iolz pon ckplah kat advertisement kata gaji mcm ni macam tu, nape call offer cakap lain pulok? dia pon ckplah ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ... tapi percayalah bila aku ckp dia punya explanation A-Z tu memang takleh nak dihadam.. siyes..budak tadika dengar pon ternganga sekejap lah smpi sempat lalat masuk dlm mulut.


aku pon ckp xpelah miss bagi Iolz fikir dulu dehh... dia pon suh ak pk laju-laju, pk cepat-cepat sbb dia nak arrange interview. FYI, Interview dia ada 4 stages ye... Mak aii.. ingat nak interview Jawatan CEO ke sampai 4kali interview gamaknyeeeeeee~~~! alasan dia they are very particular with the candidates they decide to hire so they will make a heavy background check.. Akupon apalagi, haa takpelah saya tak nak.. you all cariklah orang lain. kbyeeee~~~!!



gaji tak seberapa tapi nak interview smpai 4 kali and then cakap nak buat background check kaw-kaw whadefukkkk.....takpelah sis dah hadam and dah move on.



then lagi satu plak ctenye.. tampal notice vacancy gaji MYR 3000+++ , Iols pon teransang lah nak try walaupun gaji kurang 3K dari gaji sebelum ni kan, tak nak memilih kerja dah, asalkan lepas b ayar hutang setiap bulan alhamdulillah lah.. So gagah lah tebal muka walk-in.. punya interview, last2 tanyalah pakej diaaaaa... dia ckp sekian sekian sekian rupe2nye basic MYR1000 jaaa, nak dpt 3k tu kena O.T tp O.T pon dikawal kuotanyaaa..takleh suka-suka O.T.. Pastu kena hit Monthly target 2% from the actual target.. klu tak dapat telur aja.... oklahterima kasihlah~!



Iolz bukan memilih kerja, tapi biarlah kerja tu gajinya berbaloi dengan berat kudrat yang diminta oleh majikan.. ni suruh buat kerja bukan main banyak tapi gaji tak setimpal.. kita bulan-bulan banyak benda nk byr, bukan suka-suka nak berhutang.. yang dihutang tu semuanya keperluan bukan kehendak.. jadi agak-agaklah..


makanan mentah naik harga sampai berlipat kali ganda, majikan pun mintak pekerja multitasking bukan main kaw, tapi gaji nak naik 2 tahun sekali pon xdpt daa... takpela menganggur lagi, asalkan tak jadi hamba yang dibayar seperti keldai. bukan apa, nanti keldai pun gelak kat kita... HOhOhOhOhoHoHOhoHO...



Sekian, Terima Kasih 






Friday, August 18, 2017

Post pertama a.k.a Pembuka Kata

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog agasshiserabut.blogspot.my . Ribuan terima kasih Miss Serabut ucapkan kerana sudi melawat blog Miss yang tak seberapa ni.. Alhamdulillah dlm byk2 blog yang korang google browsing, korang ternampak plak blog miss serabut ni haaa.... omg i du no why iolz bercakap(dari segi penulisan) macam orang tua2.. ish3, sangat terbawa-bawa dengan emosi tua ni.tetiba je beremosi macam orang tua lepas tgk drama tv3 #dramasangat ni hahahaha..
okaylah tu je kot..actually saje2 je menulis warkah yang merapu ni sebab nak testing tgk theme layout baru seswai ke tidak.. tapi takde post kan so xnampak lah betul2 macam mana rupe blog ni..so terpaksa lah memerah otak utk menulis pembuka kata sebagai post pertama, semata-mata nak tgk rupa blog ni.. maaf ye korang kerana perangai serabut ku ini.


so dengan ini secara official nye blog agasshi serabut ni dicipta dan dipublishkan pada 18th August 2017. okay tahun depan 18/08/2018 kita sambut besday cantik sgt nombor ni hahahahahaha..
sama plak dgn hari jadi GDRAGON. Aiyoyouoyoooyoyoy... tak sangka miss serabut punya blog dicipta pada tarikh GDragon dicipta gak hahahahaah... oklah miss serabut taip pon serabut tak mcm rap GDragon yg kedengaran seperti serabut tapi sebenarnye sedap je intisari lirik rap dia tu.
okay niat nak tulis pendek je tapi dah merapu rapu plak sampai ke hari jadi GDragon plak aiyoyoyoyo..Okaylah cukup lah ni miss serabut nak out nak tgk layout blog miss serabut ni macam mana. okay bye-bye you all....