Friday, August 25, 2017

Evergreen


Ianya bukan sesuatu yang disengajakan, ianya bukan juga satu pilihan.
Dulu aku suka betul menghabiskan waktu aku di internet mencari info-info and scans-scans poster atau keratan majalah artis pujaan aku, idola aku. memang hebat lah sampai bercita-cita nak jadi mcm dia. Artis Jepun, Hyde, and Band dia dengan membe dia, L'Arc~en~Ciel. Skang dia ada band baru, VAMPS. Aku tak minat sngat Vamps tu sbb music dia yang mostly heavy rock. 

Skang umur dah meningkat, lebih dewasa, dah takde fangirl mcm dulu lagi. Skang minat macam tu je.. takdelah taksub sangat. barulah sedar, dulu banyak membuang masa.. inilah manusia, selalu lambat tersedar. selalu alpa. apa yang kita dapa nak puja bagai nak rak dengan artis- artis pujaan ni? apa keuntungannye pada kita? walaupun ak takde lah fanatic sangat, tapi ak tetap terasa tempias fangirl2 ni. siyes weh bila korang dah mencecah umur mcm aku ni korang siyes akan maki hamun diri sendiri smbil gelak ketawa terbahak-bahak ingat gelagat korang zaman tok kadok dok fangirl artist2 ni weh.. aku tak fanatik, dah rasa mcm ni..ko bayangkan yang fanatik tu nanti dah tua mcmana? xnak bayangkan. hahahah..



so kesimpulannye disini ak dah move on dari era fangirl. anda bila lagi? cewahh...

aku harap korang berjaya and SELAMAT MAJU JAYA aku ucapkan kepada korang.
Dulu kan penah cakap kat diri sendiri, ala taknak lah bercintan cintun nanti sakit hati kalau dpt pasangan yang tak memahami yang asik buat tahik.. daripada sayang laki yang tak menghargai, baik aku dok feeling2 crush dengan artist pujaan.. walaupun tepuk seblah tangan tapi tak sakit hati and seriously puas hati.. begitu sekali dong dulu aku.. waduh2 kok gitew si!!

Tapi skang NO. Enough is enough.. actually minat tu bole tapi ada batas nye.. jangan sampai memudaratkan diri dan hidup anda. jangan sampai tidak bole bezakan yang mana satu fantasi yang mana satu realiti.. tu je.. aku banyak pengalaman dalam benda-bendamcm ni and percayalah kebanyakkan benda2 mcm ni tidak membuahkan hasil yang positif... malah mereka hanya melakukan kerosakkan kepada benda2 yang positif. Tapi satu jelah ak  nak cakap, aku terlambat untuk sedar.

Dulu aku minat giler Sailormoon. OBSES. Sampai mata pelajaran sekolah aku kelaut. Dari Best Student jadi Worst. Sampai pengetua panggil aku lah jugak.. keputusan jatuh mendadak.. Tak nak pg skolah, asik tgk tv tunggu cte Sailormoon, gaduh dengan adik aku sebab mak aku belikan dia baju T-Shirt gambar Sailormoon, ak mak aku tak belikan, pastu asik praktis melukis Sailormoon, sampai kelas Pendidikan Seni Cikgu suruh lukis gmbar keluarga, aku lukis keluarga Sailormoon. Cikgu cakap," keluarga ko keluarga Sailormoon ke?!" wakakakakaakakkakaa~~!!!


Tu penyakit aku yang pertama.. oleh kerana penyakit aku tu, dari Best Student Jadi Average. nampak tak kat situ??

Pastu minat Artist plak.. punya minat sampai nekad tak nak kapel dengan sape2, nak kapel dengan artis tu je.. TAK SEDAR DIRI!! hahaahahah~~!! slalu fangirl ni memang TAK SEDAR DIRI.. tapi aku belum sampai tahap TERKINJA-KINJA lg weh... okay kat sini apa yang memudaratkan aku?
Ianya memudaratkan aku dari segi kewangan, masa dan hubungan. Ambik kau 3 IN 1~!!

Aku tak nak lah share pasal kewangan, masa dan hubungan ni sebab aku sampai skang tak boleh nak hadam lagi lebih2 lagi bab HUBUNGAN tu.


so korang semua, kembalilah kepada dunia realiti.. hentikan lah fangirling ni... sebab nanti kitaakan fangirl sorang je dlm hidup kita, iaitu lelaki yang jadi suami kita hingga ke Jannah.. taktau lah kalau dot rezeki lebih dapat tukar suami lebih dari sekali.. HOHOHOHOHOO.. tapi Iolz tau korang semua kalau boleh nak bercinta sekali, kawen pon sekali je kan.. amin... Iolz doakan korang semua dapat pasangan sehati sejiwa hingga ke jannah..


Biarlah benda - benda fangirl ni kita letak di History, and kita jalani hidup kita ini seindah yang mungkin untuk dijadikan kisah klasik, kisah Evergreen .


No comments:

Post a Comment